SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini telah dibuka pada 12 Jun 2000. Sebelum sekolah ini siap dibina & dibuka kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan ini menumpang sementara waktu di salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Papar Sabah atau dikenali sebagai SK Pekan Papar.
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SK Surati pada waktu itu dilaksanakan pada sebelah petang. Di penghujung Tahun 2000, bangunan SK Surati yang baru telah siap dibina di jalan Kg Surati Papar, bersebelahan dengan kampung Surati Papar. Bangunan SK Surati mula beroperasi pada 3 Januari 2001. Guru Besar Pertama ialah Encik Mohd Talib Bin Hj Ag Damit. Tempoh Perkhidmatan beliau di SK Surati Papar bermula pada penghujung Jun 2000 hingga Dis 2002. Manakala Guru Besar kedua ialah Encik Abd Latip Bin Ag Besar. Beliau mula berkhidmat di SK Surati Papar pada Januari 2003 hinggalah Januari 2009.Guru Besar terkini adalah Encik Duraman Bin Bakar. Beliau berasal dari Kimanis Papar Sabah dan mula berkhidmat menggantikan Guru Besar terdahulu pada Februari 2009 hinggalah sekarang.


Blok A

Blok C

Kantin Sekolah

Pentas Serbaguna