PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA INDUK UNIT ICT & MULTIMEDIA SK. SURATI 2012

PENGERUSI (GURU BESAR)

  • Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program TMK di sekolah.
  • Bertanggungjawab mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan.
  • Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program TMK sekolah.
  • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pelaksanaan TMK sekolah.
  • Menggubal dan membangunkan dasar TMK sekolah agar program TMK dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
  • Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan guru penyelaras makmal TMK untuk memastikan segala urusan berkaitan program TMK berjalan dengan lancar.

PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN).

  • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja.
  • Menyelaras perancangan setiap jawatankuasa kerja.
  • Menyemak laporan pelaksanaan aktiviti untuk tindakan susulan.
  • Memantau perjalanan program setiap jawatankuasa kerja.
 

KETUA UNIT ICT & MULTIMEDIA

  • Mengerakkan pemikiran guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
  • Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru.
  • Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
  • Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power-point.
  • Memberi cadangan / pandangan kepada JK ICT untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P & P.

 

SETIAUSAHA

  • Mencatat minit mesyuarat.
  • Membuat surat panggilan mesyuarat, latihan dan kursus dalaman.
  • Menyelaras perlaksanaan projek TMK
  • Menjadi pegawai perhubungan TMK sekolah
  • Menyediakan jadual waktu penggunaan makmal
  • Jadual P&P
  • Jadual Kelab TMK
  • Jadual latihan dan kursus dalaman
  • Jadual Guru Bertugas
  • Menyedia dan mengumpul laporan aktiviti / program TMK sekolah.
  • Menandatangani laporan harian guru bertugas.
  • Membuat minit mesyuarat, salinan minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat.
  • Menyedia dan mengemaskini buku akaun tahunan.
  • Menerima, meneliti dan menyimpan segala laporan, rekod mesyuarat dan fail-fail daripada setiap unit.
  • Memastikan persiapan tempat mesyuarat dan makan minum.
  • Memastikan semua ketua unit menghantar laporan sebelum mesyuarat jawatankuasa induk.
  • Mengurus pembelian bahan dan peralatan makmal TMK.
 

GURU MEDIA

  • Membantu segala tugas-tugas penyelaras makmal / setiausaha dan tugas-tugas khas yang diberi dari semasa ke semasa.

 

UNIT LATIHAN DAN PERKEMBANGAN STAF

  • Merancang dan melaksanakan program / aktiviti perkembangan staf berkaitan dengan ICT secara berterusan.
  • Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut.
  • Mengenalpasti guru-guru dan tenaga pengajar luar yang berkebolehan untuk menyampaikan tajuk-tajuk latihan/kursus yang ditentukan.
  • Memastikan setiap guru yang telah menghadiri kursus berkaitan komputer dan ICT menjalankan kursus dalaman.
  • Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
 

UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

  • Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal daripada kalangan pelajar.
  • Menyediakan jadual tugasan harian/ mingguan/ bulanan untuk kebersihan dan keceriaan.
  • Merancang dan menyediakan kertas kerja/program keceriaan makmal.
  • Menyelia dan melaksanakan pengumpulan bahan-bahan berkaitan dengan ICT untuk pameran dalam makmal komputer.
 

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

  • Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas seperti bulan ICT, pameran ICT dan sebagainya dengan melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG serta badan-badan pertubuhan bebas serta industri.
  • Mendapatkan sumber penaja dalam proses meningkatkan infrastruktur dan program ICT sekolah.
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT selain daripada apa yang telah dirancangkan dalam jadual induk.
  • Merancang dan menyediakan kertas kerja program/aktiviti.
  • Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
 

UNIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Memastikan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • Bekerjasama dengan unit penjadualan dalam menyusun atur pelaksanaan program KDP mengikut mata pelajaran dilaksanakan dalam jadual waktu dengan melibatkan penyertaan semua tingkatan.
  • Menulis laporan setiap penggal bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
 

UNIT PENYENGGARAAN DAN KESELAMATAN

  • Menyediakan peraturan makmal dan mempamerkannya di tempat-tempat strategik.
  • Menyediakan prosedur kerja untuk mempastikan semua pengguna makmal, khususnya pelajar, memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
  • Menyediakan jadual pemeriksaan berkala ubtuk menjaga keselamatan makmal.
  • Menyedia dan melaksanakan prosedur keselamatan seperti latihan kebakaran, pemeriksaan berkala pemadam api dan menyediakan pelan laluan kebakaran.
  • Menubuh dan melatih pasukan penyenggara makmal sekolah di mana ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah yang berpotensi dalam bidang ICT.
  • Melakukan proses penyanggaraan ke atas sistem komputer dan system rangkaian dalam makmal.
  • Melakukan proses baikpulih perkakasan dan perisian komputer. 8.8 Melaporkan sebarang kerosakan kepada pembekal dan memastikan proses baikpulih dijalankan dalam masa yang ditetapkan.
  • Menyediakan kertas kerja program.
  • Menulis laporan bagi setiap penggal.
 

UNIT PENGURUSAN STOK DAN DOKUMENTASI

  • Menyimpan stok, inventori dan harta modal.
  • Menyimpan segala bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lesen perisian.
  • Memproses dan mengkatalog bahan-bahan sokongan serta bahan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti modul, buku, majalah, serta perisian kursus.
  • Manyelia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer dan penyediaan buku log penggunaan.
  • Menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan urusan penggunaan makmal.
  • Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.
     

UNIT PENJADUALAN

  • Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk matapelajaran Literasi Komputer.
  • Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk kelab, persatuan dan permainan kokurikulum yang membuat permohonan.
  • Menyenaraikan tenaga pengajar bagi Literasi Komputer untuk pelajar dan guru serta PPBK Tahun 1 hingga Tahun 4.

 

JURUTEKNIK KOMPUTER

  • Membantu menyelia, melaksana dan menyelenggara perkakasan termasuklah server dan infrastruktur ICT di jabatan/sekolah;
  • Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian (router, modem dan sebagainya);
  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian;
  • Membantu melaksanakan keselamatan kemudahan infrastruktur, teknologi dan data iaitu membuat back up dan replikasi maklumat serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan baik;
  • Membantu melaksanakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi termasuklah makmal komputer, pusat akses dan bilik khas ICT dipatuhi;
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Penolong Pengarah/Ketua Unit PICT/(Pengetua/Guru Besar sekolah/Guru ICT sekolah)
 
Sumber Rujukan:
Contoh “Garis Panduan Pengurusan Makmal”. BTP, Pusat Perkembangan Kurikulum: Mac 2002.